Program Pembangunan Latihan Usahawan Prestasi Tinggi Siri IV 2019
24 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2019, telah diadakan Kursus terakhir bagi melengkapkan Program Pembangunan Latihan Usahawan Prestasi Tinggi Pusat Internet bersama Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Modul yang terakhir adalah Pembinaan Laman Web dan Pengurusan Kewangan telah selamat dijayakan dan disertai oleh kesemua staf Pusat Internet Kuala Lumpur dan Selangor.
Modul-modul yang terakhir ini adalah modul yang penting di dalam meningkatkan prestasi kerja petugas-petugas Pusat Internet untuk diaplikasikan dan diajar kepada komuniti masing-masing. Seramai 18 orang staf yang terlibat bagi modul kali ini. Petugas diajar untuk membangunkan website masing-masing dan menguruskan kewangan Pusat Internet dengan cara yang lebih efisyen dan teratur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: